30 Soalan Ringkas

June 23rd, 2009

Sejak sekian lama aku tak main tagging kat blog ni (sebab biasanya tag ni semua bosan nak mampus), tiba-tiba aku terbaca tag yang best dalam Bahasa Malaysia. Dengan penuh riang ria, aku pun melepaskan nafsu buas yang terpendam ni. Tapi tag ni pulak formal semacam, ah layan je la. Asalnya aku jumpa kat Nao punya blog. Macam-macam minah sekor nih.

1. Bekas kekasih saya adalah:
Basikal tua.

2. Saya sedang mendengar:
Yuki Kajiura – Kunci Senja

3. Mungkin saya patut:
Cari awek. Saya sangat ronery.

4. Saya suka:
Korek hidung. Ooohhh, nikmat yang tak terhingga.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
Sorang tak suka makan ikan, sorang lagi kena kuarantin.

6. Saya tak paham:
Kenapa saya tak suka makan sayur.

7. Saya kehilangan:
Fikiran yang waras.

8. Ramai yang berkata:
“Damn. Ko ni makin gemok sial.”

9. Makna nama saya:
Bijak. Kot.

10. Cinta itu adalah:
Plot device. Apa nama BM dia ntah saya pun tak tahu.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Korek hidung dengan riang.

12. Saya akan cuba:
Membayangkan besar mana taik hidung yang bakal digali.

13. Perkataan SELAMANYA membawa maksud:
Tempoh yang kena tunggu untuk dapat harem yang penuh dengan gadis arnab.

14. Telefon bimbit saya:
Buruk.

15. Bila saya terjaga dari tidur:
Saya sambung tidur balik.

16. Saya paling meluat apabila:
Orang kacau saya tidur.

17. Pesta/Parti adalah:
/semak kamus.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Tenuk, tapir, cipan, dan kaum kerabat yang sewaktu dengannya.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Sekarang. Kot.

20. Hari ini:
Pokai. Cam biasa.

21. Malam ini saya akan:
Tidur. Cam biasa.

22. Esok pula saya akan:
Pokai dan tidur. Cam biasa.

23. Saya betul-betul inginkan:
Seorang awek yang suka main dengan perut saya.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
“Apasal la aku ni hensem sangat. Ish, tak tahan aku.”

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Katil. Dalam selimut.

26. Makanan Barat atau Jepun:
Semua pun saya sapu.

27. Bilik yang terang atau gelap:
35%

28. Makanan segera adalah:
+25 kepada hitpoints.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
OI LAMPU DAH HIJAU. JALAN LA PUKIMAK!

30. Siapa yang anda nak Tag?
Pak Lah dan semua pakcik-pakcik di Malaysia.


Harghharghaghrghargh. Siapa yang muka tembok rasa nak buat tag ni, syarat dia jawab dalam BM je. Pegi mampos la korang.

sarah says:

tag best wei! xDD

Naoko says:

Apa pula seekor! Saya sepucuk la! :P

Oh ya, plot device = muslihat cerita?

Silencers: Sepucuk? Sepucuk apa? Sepucuk ulam? Sepucuk kubis? Sepucuk rumpun disebalik belukar?

Naoko says:

Sepucuk Naoko la! Apa lagi! :P

ili says:

dengan rela hati saya ingin menculik tag ini.

Terima kasih.

Hitman66 says:

Macam dlm facebook je benda2 nih lol

Silencers: Menatang yang melambak kat facebook semua asalnya dari blogging la.

Clow says:

Apakah ini? IQ saya jatuh dengan mendadak.

Silencers: Misi selesai. Objektif tercapai.

zaque says:

Agak menarik aktiviti ini…malang sekali aku da tak de blog lagi. Hahahaha

Jad [Alt] Kaizer says:

Tidak mahu.

Bnrbnr, takde kerja lain buatkah?

Hikage says:

Its up at muh blog lol.

sheryee says:

23. Saya betul-betul inginkan:
Seorang awek yang suka main dengan perut saya.

Aku suka main ngan perut besar. Jom jadi pakwe aku.

Silencers: Yay \o/ Bagus betul ada awek sukarela ni.

Yuki says:

pfffftt!!!! bwahahahahhaha!!
tag yg paling xleh blah pernah aku bce!
5/5! XD

please fill in required fields!